Monday 21 November 2011

Assalamualaikum Maryam..

Assalamualaikum Maryam...

Dengan lafaz BismillahirRahmanirRahim mama mulakan blog ini untuk Maryam. Mama harap blog ini akan menjadi wadah atau tempat untuk Maryam membina keyakinan diri melalui penulisan. Catatlah apa sahaja yang ingin Maryam luahkan selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Menulislah kerana untuk mendapat keredhaan Allah.

Mungkin ketika ini Maryam masih belum mengerti. Insya'Allah bila masanya tiba, Maryam akan memahami maksud mama.

Selamat berblog. :)


-Mama-