Tuesday 4 June 2013

Misteri Histeria

Assalamualaikum.

Petikkan dibawah telah  dipetik oleh saya daripada buku Misteri Histeria.

Perperiksaan pertengahan akan bermula esok.Amirah berasa takut dan menyesal kerana dia terlalu leka menonton telivsyen , keluar bermain bersama rakan -rakannya , serta bermain permainan komputer sehingga tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran di waktu cuti panjang itu.

" Alamak habislah aku kalau mama dan abah tengok keputusan aku nanti.Pasti mereka akan marah pada aku" Amirah kata sendirian.Amirah mula mencari idea untuk tidak menjawap kertas peperiksaan itu.Amirah mahu membuat helah,dan dia akan melakukanya esok,pada waktu perperiksaan pertengahan berlangsung.

Keesokanya, para pelajar diminta menyusun kerusi dan menjarakkan meja sebelum peperiksaan dijalankan.Lagi 10 minit cikgu Matematik  akan  datang untuk mengedarkan kertas soalan bagi para tahun lima Sekolah Kebangsaan Taman Serindik.Amirah mula menjalankan helahnya itu.

"Aaaah!! Aaaah!! Argh!!! Ahhh!!!" Amirah menjerit - jerit seperti orang yang hilang akal.Tiba - tiba sahaja Amirah menangis,dia memukul - mukul tubuhnya sendiri sehingga keadaan kelasnya menjadi kecoh.Para pelajaryang melihat kejadian itu cepat - cepat mencari guru - guru yang berdekatan untuk meminta tolong.


" Cikgu, Amirah histeria!"  jerit para pelajar kelas Amirah.Amirah menjerit , melolong,memukul-mukul tubuhnya sendiri lantas terus berpura - pura pengsan.Akhirnya dia dibawa ke bilik rehat dan peperiksaan untuk kertas Matematik berjalan seperti biasa tanpa Amirah.Guru - guru telah membuat keputusan untuk merehat Amirah dan mereka telah menelefon keluarga Amirah untuk membawanya pulang.

" Tak apalah puan. Amirah perlukan rehat. Dia boleh menjawap perperiksaan selepas dia pulih sepenuhnya ," kata Cikgu Suraya , guru kelas Amirah kepada ibunya.

 Keesokannya,Amirah datang juga ke sekplah kerana Puan Zainab melihat anaknya itu sihat sahaja apabila disuruh berehat di rumah.Tetapi, peristiwa yang sama terjadi lagi sewaktu peperiksaan bagi mata pelajaran Sains berjalan.Amirah histirea kembali.Kali inidia menjerit - jerit lebih kuat dan perkara ini menakutkan para pelajar yang ada di kelasnya itu. Sekali lagi Amirah dibawa ke bilik rehat dan keluarga Amirah dihubungi untuk membawanya pulang.

 Begitulah yang terjadi setiap kali peperiksaan sedang dijalankan untuk mata pelajaran seterusnya sehingga pihak sekolah membuat keputusan untuk merehatkan Amirah selama seminggu supaya Amirah mendapatkan rawatan bagi penyakit histerianya itu.Amirah berasa gembira sekali kerana dapat menghabiskan masa bermain permainan komputer di rumah dan membaca komik.Musim peperiksaan telah berakhir dan tempoh seminggu diberikan untuk Amirah berehat  juga telah tamat.Amirah mula sekolah seperti biasa.Kawan - kawan sekelasnya yang berasa bimbang akan keadaan Amirah mula bertanyakan kesihatannya itu.Mereka melihat Amirah aktif dan ceria seperti tidak pernah kena histeria sebelum ini.Kerana ragu - ragu dengan sikap Amirah,Zulaina dan Aminah membuat keputusan untuk menyiasat kejadian ini.


 Pada waktu rehat,Zulaina dan Aminah mahu ke tandas dan kebetulan mereka terdengar perbualan Amirah dengan sahabat baiknya dari kelas lain.Terkekeh-kekeh Amirah menceritakan bereapa seronoknya dia berpura - pura histeria  untuk mengelak daripada mengambil peperiksaan pertengahan tahun.Jadi, terbongkarlah tembelang Amirah selama ini.


 Zulaina dan Aminah bertekad untuk berjumpa dengan Cikgu  Suraya dan menceritakan perkara ini kepadanya.Cikgu Suraya mendengar dengan teliti cerita Aminah dan Zulaina.Untuk berlaku adil,dia melaksanakan ujian mengejutkan bagi mata pelajaran Matematik.Pelik kerana sebaik sahaja ujian bermula, Amirah histeria secara tiba - tiba. Cikgu Suraya membuat keputusan untuk membawa Amirah ke bilik kaunseling untuk berbincang bersama Guru Kaunseling dan Guru Disiplin.


 Ibu bapa Amirah dipanggil dan diberitahu mengenai perkara ini.Mereka terlalu kesal dengan perbuatan Amirah.Puan Zainab menangis sedih apabila Guru Disiplin hendak mengantung persekolahan Amirah  selama satu minggu.Amirah menyesal kerana membuat ibunya menangis dan mengakui bahawan dia melakukan perbuatan tersebut kerana tidak bersedia untuk menjawap kertas peperiksaan.



 Amirah berjanji bahawa sekiranya dia diberi peluang, dia akan berubah dan tidak akan menipu lagi supaya tidak  terlepas dari mengambil perperiksaan.Amirah memohon maaf kepada kedua ibu bapanya , guru kelasnya , dan kawan kawannya.












Pengajaran:
1. Sebagai seorang pelajar, anda perlu pandai membahagikan masa untuk belajar dan bermain supaya anda menjadi pelajar yang cemerlang.

2.Berbohong itu adsalah sikap yang perlu  dijahui kerana ianya berdosa dan akan memakan diri sendiri.


3.Meminta  maaf dan meyendari kesilapan sendiri adalah perbuatan yang mulia

2 comments:

  1. Adik,

    Semak ejaan sebelum publish, okay. Pengajaran yang bagus.

    ~mama~

    ReplyDelete